Bagaimana Untuk Mendapatkan Tarbil Dalam Masa Satu Bulan!

{ Posted on 9:08 PM by Syahmie "blutal" Fayyadh }
Ini adalah outline bagaimana saya mendapat tarbil saya.


Saya mula bermain Travian di server Amerika tahun 2007 dan dalam masa satu bulan sahaja, saya dah ada semuanya. Boleh ke!? Dengan resos field sangat kecil dan memakan masa untuk mebesarkannya? Inilah caranya.


Perkara pertama saya buat : Binakan titik perhimpunan dan naik tarafkan bangunan utama ke level 3. Kenapa? Sebab dengan cara itu, saya boleh mebina BEREK. Saya dapat dua minggu perlindungan pemain baru dan sejak server itu baru tiga bulan dimulakan. Saya gunakan masa ini untuk menyerang kampung lain dan farming.


Selepas saya belanjakan resos saya pada bangunan-bangunan ini, Saya terpaksa menunggu sehari. Sebab saya langsung tiada apa-apa resos dan pendapatan saya hanya LIMA sejam.


Selepas dua hari saya sudah mula melatih dua askar belantan saya. Saya hantar mereka untuk menyerang salah seorang jiran saya.


NOTA PENTING : Jangan sesekali hantar satu askar untuk menyerang. Walaupun populasi kampung musuh anda hanya 2, DIA AKAN TERBUNUH. Saya tak tahu bagaimana ini boleh berlaku, tapi ini caranya. Hantarkan sekurang-kurangnya dua orang askar untuk menyerang. Kecuali askar anda dinaik tarafkan perisai dan senjata.


Dua askar belantan saya pulang dengan 120 resos (30 setiap satu jenis). Tak ramai boleh percaya, tapi dalam satu jam saya berjaya mendapat resos sama dengan enam jam (5/Sejam).


PENINJAU ... PENINJAU mungkin tak penting sebab tak banyak boleh buat. Daripada saya menaiktarafkan resos saya, saya habiskan hasil serangan saya pada benda lain : PENINJAU. Saya perlukan AKEDEMI (perlu menaiktarafkan BEREK kepada level 3, BANGUNAN UTAMA saya pada waktu itu sudah pun level 3) dan menaiktarafkan BEREK saya ke level 3.


Benda yang hebat tentang Teuton ialah penijau mereka berjalan kaki bermakna saya tidak perlu membina kandang kuda. Bajet sikit ;).


Kenapa peninjau penting? Sebab sekarang saya boleh:



  • Saya boleh tahu berapa resos di farm saya. Mereka mungkin ada BANYAK resos tapi saya hanya hantar dua orang askar untuk serang. Atau, mereka mungkin ada resos kurang dari jangkaan saya dan saya hantar 100 kesatria santo untuk 100 resos.

  • Saya boleh lihat jika ada orang lain mengintai saya. Ini penting juga : anda tidak tahu berapa banyak kali kampung anda diintai oleh orang lain.

Ia biasa bagi saya untuk bermula dengan peninjau, jadi ini langkahnya untuk saya melatih askar-askar lain. Seperti saya katakan saya tak mengharapkan resos field tapi pada farming. Dan saya mendapat beribu resos sehari dengan cara ini.

Dalam masa 10 hari saya sudah ada 150 belantan dan peninjau. Kemudian, saya telah selidik dan latih beberapa KESATRIA SANTO (mereka boleh membawa banyak resos dan lebih laju) dan sediakan tarbil.

Kenapa tarbil penting? Kebanyakan masanya ia tak penting, tapi ada masa juga ia menjadi amat penting. Kos untuk selidiknya amat MAHAL. Tapi jika anda terancan, anda ada peluang untuk menyelidiknya.

BONUS

Saya banyak habiskan masa untuk upgradekan akedemi dan bengkel. Di kampung utama saya bina istana (supaya saya boleh ada tukang batu) dan menaiktarafkannya ke level 10. Langkah seterusnya ialah asaska kampung baru berdekatan dengan kampung utama.

Dalam masa 30 hari lagi, kampung kedua saya sudah ada semuanya.

SELAMAT MAJU JAYA

2 Response to "Bagaimana Untuk Mendapatkan Tarbil Dalam Masa Satu Bulan!"

tak berapa faham lah boleh e-mel ke muhammadzuraidi@rocketmail.com.

bagaimna pla dengan puak lain??
sama ke??

Post a Comment